Selasa, 17 Mei 2011

Presiden Iran yang sebenar,yang tidak diketahui orang.


Presidan Ahmadineejad ,singa Islam yang semakin dipandang serong oleh masyarakat barat.Dia bukan la anak golongan berada tau apa2,tapi cuma seorang rakyat biasa yang mahu berkhidmat untuk rakyatnya secara ikhlas demi menegakkan Islam dimata dunia.Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:



1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.



2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.



3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .



4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.



5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.





6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.



7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.



8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.



9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.



10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.



11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.



12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.



13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.


Walau apa yang orang katakan pasal presiden ni,tapi bg aku dia la singa yamg mampu mengubah dunia pada masa kini.cukup lah selama ni kita duduk di bawah telunjuk barat.

Semoga Allah S.W.T melindungi Presiden yang aku kagumi ni dari ancaman barat...
Insyaallah.. :)


7 ulasan:

  1. tapi..IRAN ni Islam mereka adalh SYIAH...dan SYIAH tidak diterima..sayangnya..

    BalasPadam
  2. oohh,saya tidak mengetahui pula pasal hal itu.. apa2 pun mereka tetap islam dan sekaligus menjadi saudara kita... :)

    BalasPadam
  3. sama2.. :)
    saya akan berusaha untuk menulis info2 seperti ini...

    BalasPadam
  4. Salam..info ini sangat berguna dan Ahmadineejad juga merupakan pemimpin idola saya. Kepada Wan yang komen di atas, jika Syaih itu tidak diterima, bagaimana mereka boleh menunaikan haji dan menjejakkan kaki di Tanah Haram itu? jadi fikir-fikirkan. ALangkah baiknya jika pemimpin negara Malaysia yang juga beragama Islam mengamalkan cara hidup seperti Ahmadineejad.

    BalasPadam
  5. syiah2 dia pun , orang sunnah wal jamaah mampu contohi dia ? aku pun xleh lagi

    BalasPadam
  6. Memang sebahagian kelompok syiah amat berbeza dengan kita dan perbezaan itu melibatkan isu pokok dalam agama. Sebab itu kita tak boleh terima mereka. Kaedah pengambilan dalil bagi sesuatu hukum antara kita dan mereka berbeza. Mereka guna hadis lain. kita guna yang lain.

    BalasPadam