Khamis, 19 Mei 2011

18 Ideologi Kamal Atartuk Laknatullah.



Ideologi daripada Mustafa Kamal Atartuk ketika pemerintahannya

1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.

2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat). 

3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara. 

4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”. 

5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka. 

6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki. 

7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi. 

8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 

9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan. 

10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam. 

11. Islam diserang secara terbuka. 

12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat. 

13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja. 

14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali. 

15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan. 

16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan. 

17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin. 

18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun.

Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut, askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu. ~Saat kematiannya yang menyeksakan Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. ~Antaranya ialah: 

1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya. 

2. Sakit jantung 

3. Darah tinggi .

Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan. Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 ton. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut. Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Namun ada dikalangan kita masih menyanjungnya, mengaku Islam namun… Moral of story...renung2kanlah...dan jadi kan iktibar...

Selasa, 17 Mei 2011

Bahaya arak :)


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

he he he.....

saja je kongsi,tadi terjumpa lawak ni dalam  my document,tah saper letak…..hehehehe.
tapi pe2 pun arak tetap haram dan membawa mudarat pada badan kita.jauhi la arak  :)

Presiden Iran yang sebenar,yang tidak diketahui orang.


Presidan Ahmadineejad ,singa Islam yang semakin dipandang serong oleh masyarakat barat.Dia bukan la anak golongan berada tau apa2,tapi cuma seorang rakyat biasa yang mahu berkhidmat untuk rakyatnya secara ikhlas demi menegakkan Islam dimata dunia.Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:



1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.



2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.



3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .



4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.



5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.





6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.



7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.



8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.



9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.



10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.



11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.



12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.



13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.


Walau apa yang orang katakan pasal presiden ni,tapi bg aku dia la singa yamg mampu mengubah dunia pada masa kini.cukup lah selama ni kita duduk di bawah telunjuk barat.

Semoga Allah S.W.T melindungi Presiden yang aku kagumi ni dari ancaman barat...
Insyaallah.. :)


Isnin, 16 Mei 2011

10 Amalan yang terbalik...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

 1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
 
  Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
 Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
 Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
 Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
 Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

 Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
 Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

  Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

Sabtu, 14 Mei 2011

..........Beza antara lelaki dan perempuan.......... :)


Lelaki ke perempuan??? Soalan tu selalu bermain dalam fikiran aku.. mana yang untung... last2 pas baca ni,semua ada kelebihan dan kekurangannya.. Allah S.W.T dah ciptakan makhluknya cukup sempurna,cuma kita je yang tak tau dan hargainya...


Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
… & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
 - Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

 ni pula 50 perbezaan dari sudut fizikal atau klinikal...

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).
18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 – 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri “Saya” dibanding laki-laki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.
48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

hahahaha,dah habis... korang nilai sendiri,pe2 pun kita sebagai hamba Allah S.W.T wajib mensyukuri dan menghargai segala nikmat dan ketentuan yang dikurniakan pada kita,.. Jangan nak gatal2 pulak nak ubah [bapok n nyah]... jumper depan aku,makan maki jela jawabnya... [dalam hati jela]..  :)

Mencari hulubalang Melayu terakhir..

Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?

Kisah yang terdengar terlalu hebat!
Berjuang mereka tanpa erti mengenal penat...

Bagai di kata;

KALAU ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA HAMBA DIRIKAN
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
NYAWA DAN BADAN HAMBA SERAHKAN

Mereka berjuang bermati-matian;

BERPUTIH TULANG HARAM BERPUTIH MATA

Hanya mereka ini lah....

DICAMPAK KE DARAT MENJADI GUNUNG
DICAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU

Namun apa pun bicara kita....
Merekalah...merekalah.... sahaja......
Sehinggakan kita masih dapat bertapak dan berpijak di bumi ini
Yang telah di kurniakan tuhan YA RABBI
Tuhan tujuh petala langit, Tuhan tujuh petala bumi
kepada bangsa kita, anak-anak Melayu, Bani JAWI.

Ini sajalah sebidang tanah yang tinggal.....
Yang harus kita pertahankan kekal!!!

Tanah ini yang kita pijak milik kita
Jangan sesekali kita lupa
Ini tanah bergelar Tanah Melayu
Hak miliknya ALLah yang tentu

Tapi... Mana mereka-mereka sekarang ini?
Sedang kala anak Melayu lemah dan mangli

Takut nanti bumi yang semakin tergadai
tak terbus oleh anak-cucu yang lalai

Maka terjual semenanjung tanah ini
merempat kita di bumi kita sendiri

dan sekiranya kita di halau pergi!!
Kemana hala kita...?
Tanah Besar Cina?
Negeri India? Korea? Jepun? atau
Tanah Arab?

Jangan kita mengharap.....

memohon akan simpati?
atas kelemahan untuk sedarkan diri!!!

Mana?

Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?

Khamis, 12 Mei 2011

Pantun aku malas sembahyang... :)

hehehe,best tak pantun ni... aku skali pun terkena...
hampeh tol la......layan jappp..... :)


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
...Berdiri tanpa roh malam siang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Selasa, 10 Mei 2011

Bahaya Teh panas dan Teh ais

Lama tak bukak blog ni... yang ni pun aku copy dari forum yang membahaskan hal2 kesihatan di indonesia...
bagi aku topik ni sangat menarik,pasal teh.. minuman yang menjadi kebiasaan tuk dinikmati pada pagi dan petang hari...aku sendiri pun selalu layan teh ni...baca yaa... :)


Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran menyebutkan, meminum teh dalam keadaan masih panas (lebih dari hangat) dapat menyebabkan Barah Kerongkong. 

Pada penelitian terdahulu, dalam British Medical Journal dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan temperatur di atas 70 derajat celcius sama dengan meningkatkan resiko barah kerongkong lapan kali lipat lebih besar jika dibandingkan Anda meminumnya dalam keadaan hangat, yaitu di bawah 65 derajat, demikian penjelasan peneliti seperti yang dilansir Reuters. 
Bersama teamnya, Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti kebiasaan minum 300 orang yang didiagnosa mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara. 
Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel penelitian karena Golestan merupakan salah satu daerah dengan tingkat barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tingkat kebiasaan merokok dan minum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir semua penduduknya meminum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap harinya. 
Hasilnya, orang yang rutin meminum teh kurang dari dua minit setelah dituangkan, beresiko memicu berkembangnya barah lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu empat minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong. 
Dibandingkan dengan meminum teh hangat atau suam kuku pada temperatur 65 derajat Celsius atau kurang, meminum teh panas, antara 65 dan 68 derajat Celsius, berkaitan dengan dua kali resiko barah kerongkong, dan meminum teh yang sangat panas pada 70 derajat Celsius atau lebih berkaitan dengan peningkatan lapan kali lipat. 
Akibat barah kerongkong cukup mengerikan. Tercatat setiap tahunnya lebih dari 500.000 orang di dunia meninggal akibat penyakit ini. Penyakit ini tumbuh subur terutama di daerah Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk mematikan, dengan rata-rata kesembuhan sekira 12 hingga 31 persen, itu pun memerlukan waktu yang cukup lama, sekitar 5 tahun. 
"Hasil penelitian memperlihatkan peningkatan kuat resiko OSCC yang berhubungan dengan meminum teh panas atau sangat panas,". Mereka menyarankan orang mesti menunggu beberapa minit sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air mendidih. 
Laporan itu juga memberi dukungan kepada pendapat bahwa cedera karena tersengat hawa panas mungkin menjadi penyebab barah"epithelium", kendati cara panas meningkatkan perkembangan tumor belum diketahui. 
Dari penelitian tersebut dapat disimpulkan bahwa mengkonsumsi minuman dalam keaadaan panas berbahaya bagi kesehatan Anda. Apalagi ditambah dengan makanan yang panas pula, seperti bakso dll. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan hangat. 
Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesehatan Ginjal 
Siapa diantara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui dimanapun tempat kita makan, dari warung pinggir jalan sampai restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah mendarah daging di masyarakat kita, meski dikemas dalam bentuk apapun itu, Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, kesegaranlah yang kita dapatkan, apalagi di Bulan Puasa , menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais. 
Tapi tahukah Anda, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merugikan bagi kesehatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahwa konsumsi teh ais berlebih meningkatkan risiko menderita batu ginjal. 
Seperti dikutip dari laman Times of India, teh ais mengandung konsentrasi tinggi oksalat, salah satu bahan kimia kunci yang memicu pembentukan batu ginjal. "Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten profesor Departemen Urologi, yang tergabung dalam penelitian. 
Milner mengatakan, teh panas sebenarnya juga menyimpan efek buruk yang sama. Hanya, takaran penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logikanya, orang meminum teh panas tak akan sebanyak minum teh ais. Jarang orang yang mengonsumsi teh panas saat haus. Berbeda dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas saat haus dan udara panas. 
Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkat estrogen rendah, dan wanita yang pernah menjalani pembedahan pengangkatan indung telur paling rentan terpapar akibat buruk teh ais. Oleh karenanya, Milner menyarankan, mengganti konsumsi minuman itu dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. "Lemon kaya kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu ginjal," kata Milner. 
Batu ginjal adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemukan dalam air seni, ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing . 
Peneliti juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan efek buruk. Mereka menyebut antara lain: bayam, cokelat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, konsumsi teh ais dan makanan-makanan itu secara moderat demi kesehatan ginjal. Padukan pula dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu saja perbanyak minum air putih.

Rabu, 4 Mei 2011

Proton... Kebangganku... :)


Perhhh,petang ni baru bukak facebook jap... tu pun pas sheqa yang activekan balik,katanya nak ambil gamba yang pernah aku tag dulu... layan jap facebook td,pastu de la notification ni... dari CUSCO Junior Rally Team...... dorang citerkan sal satria neo yang dorang modi tuk rally car team tu..... bangga aku dengan proton,chasis,engine semua dorang puji..... cuma kadang2 aku terasa dengan rakyat malaysia sendiri yang memperlekehkan Proton.... orang luar pun puji,tapi rakyat sendiri yang mengutuk,mentaliti kelas ketiga...

1.Pastu team ni ader wat design baru kereta dorang.cantik giler..de gamba karton2 lagi tu..[seksi lak tu]hehehehe.....

2.Memang la kereta ni tak dapat lagi tandingi S2000 dari performance n design body,tapi bagi aku kereta ni dah cukup baik...engine dorang still guna kudrat dari Engine Campro keluaran Proton...
kat situ nampak dah.pastu untuk APRC 2011 malaysia round baru2 ni,Team ni berjaya menghabiskan perlumbaan tanpa apa2 kerosakan atau masalah kenderaan..

3.Satu lagi point yang buatlkan aku cukup berbangga dengan Proton sebab kereta Proton dah masuk dalam VIDEO GAMES!!!!! games ni pula dikeluarkan oleh mat salleh yang terkenal dari dulu memperlekehkan apa2 produk yang kita keluarkan termasuk lah Proton... try search "Richard Burns Rally".Satria neo s2000 kat Youtube....

4.Salah 1 rancangan pemotoran antarabangsa Top Gear dulu cukup terkenal menhancurkan dan mengutuk kereta proton... habis semua dikondemnyer,tapi yang bodohnye dorang ni tak mau pula bandingkan harganya sebelum cakap.Proton ni keluarkan kereta ber'value' for money.Coz kita msih tergolong dalam negara membangun dan bukan negara maju lagi... pendapatan kebanyakan rakyat masih tidak memampukan rakyat untuk membeli kereta berharga atas dari 100ribu.Tapi kalau korang selalu tengok or ambil tau sal Top Gear,tahun lepas dorang ada wat 1 race dengan menggunakan Satria Neo S2000 .siap puji lagi....

Cukup la empat point harinie tuk aku katakan tentang Proton,kalau aku tulis lagi,habis 10 pages kot...pe2 pown,proton is the best... Produk yang mampu naikkan nama Malaysia di mata dunia...
ni link
Video Games yang guna Satria Neo s2000 tu....try la tengok..bangga siot!!!!

Selasa, 3 Mei 2011

HaRi PeRtAmA....

Assalamualaikum....
Tepat jam 12.00 malam.....
Akhirnya siap la blog pertamaku...dah lama kurancang,cuma baru sekarang hasilnya ada di depan mataku.....Syukur kepada Ilahi....
Blog ini masih kosong tanpa apa2,aku pun masih baru dalam hal ni...tidak banyak lagi ilmu ku...
Diharap esok,blogku akan lebih sempurna,menarik,....