Isnin, 17 Oktober 2011

Fakta yang perlu anda tahu tentang Israel dan Yahudi



1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa  sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

Rabu, 12 Oktober 2011

Doa untuk Ibu Bapa : )



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 


 Tak tahu la kenapa malam ni nak post pasal ibu bapa ni.Maybe sebab kes petang tadi,rupanya 2 hari ni parent aku tak berhenti risaukan sal aku,kes nye aku tukar no phone tak informkan dorang,maafkan abang mak.janji raya haji ni aku nak balik gak rumah walau apa pun terjadi.
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Isnin, 10 Oktober 2011

Laman web Israel di hack oleh hacker dari Malaysia dan Indonesia... : )



Akhirnya dapat gak hacker2 dari Malaysia n Indonesia ni bergabung...
Sebelum2 ni dorang sesama dorang asyik bergadoh jerk... duk kutuk2 sesama sendiri.. sampai lupa yang dorang tu sesama Islam.Tapi semalam hari yang begitu bersejarah untuk Malaysia dan Indonesia,akhirnya dorang bergabung gak untuk hack webpage2 Israel...

Click disini dan disini bukti kejayaan mereka.Tahniah aku ucapkan... sebenarnyer ada banyak lagi page2 yang dorang hack,tapi kebanyakan dah ditutup oleh server2 Israel.kalau boleh ngan laman2 web amerika skali korang hack,lagi bagus... kasi Wall Street bungkus....  : )

Ahad, 9 Oktober 2011

Proton Rally Team menang juara keseluruhan 2011 kategori APRC : )


Keputusan yang tidak dijangka telah berlaku dalam perlumbaan Rali Hokkaido APRC 2011, apabila pemandu India Gaurav Gill telah dibatalkan kemenangannya akibat pelanggaran peraturan teknikal pada jentera Mitsubishi Evolution X yang dipandunya. Ini menjadikan McRae yang sebelum itu menduduki podium di tempat ketiga, telah ditabalkan sebagai pemenang di tempat kedua.
Dengan Gill telah kehilangan peluang untuk bersaing dalam perebutan takhta kategori pemandu APRC 2011 di Rali China pada November depan, persaingan kini hanya tertumpu kepada dua pemandu Proton iaitu McRae dan Atkinson yang ketika ini hanya dipisahkan dengan tujuh mata. Cabaran Proton seterusnya ialah untuk menjuarai kategori pengeluar pula setelah kategori pemandu secara teknikalnya sudah dalam genggaman.
Berikut ialah siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Proton berkenaan insiden yang berlaku dalam Rali Hokkaido :

PROTON Wins APRC Driver’s Title


In an unexpected turn of events, the winner of Rally Hokkaido was disqualified for a technical infringement which has in turn handed PROTON the driver’s title for the 2011 Asia Pacific Rally Championship (APRC).
With the amended results of Rally Hokkaido, Alister McRae currently leads the APRC driver’s category with a seven point advantage over Chris Atkinson, with the championship to be decided between the two PROTON team mates when the final round of the 2011 season moves to Rally China in November.
Winning the recently-concluded Rally Hokkaido, Indian driver Gaurav Gill had set the stage for a three-way fight for the APRC crown between him and PROTON’s McRae and Atkinson. Gill, driving a Mitsubishi Lancer Evolution X had won the rally ahead of Japanese team mate and reigning APRC champion Katsuhiko Taguchi, with McRae in third place.
Upon inspection later in the day however, stewards from the International Automobile Federation (FIA), disqualified Gill for a technical infringement on his vehicle. This promoted Taguchi to rally winner and McRae to second place, and with not enough points to contest for in China, eliminated Gill’s shot at the driver’s title.
p/s : Tahniah Proton, jentera Satria Neo S2000 telah berjaya menjadi legenda rali APRC dan berjaya meningkatkan imej Proton di mata dunia. Tetapi lagi hebat kalau mampu bersaing dalam WRC pula selepas ini. Proton boleh!